Jom Belajar Bahasa Jepun!

6th March 2020

by Nadhir

Asas Bahasa Jepun

Pernah tak anda terbayang untuk bercakap dalam bahasa Jepun dengan fasih dan layan J-Drama atau anime tanpa sarikata suatu hari nanti?

Jika ya, kita satu geng!

Belajar bahasa Jepun mungkin sukar buat sesetengah orang, tapi kalau anda bersungguh-sungguh, ada minat yang kuat, cuba bercakap bahasa Jepun depan cermin atau dengan kawan mesti anda boleh menguasainya.

Jom kuasai Bahasa Jepun dengan cara yang mudah! Artikel ini akan mengajar anda
mengenali Hari dalam bahasa Jepun. Setiap satu darinya akan diselitkan cara menulisnya dalam Hiragana dan Katakana.

Hari dalam bahasa Jepun

Hari dalam bahasa Jepun

  1. Isnin = Getsuyoubi
    Hiragana = げつようび
    Katakana = ゲツヨウビ

  2. Selasa = Kayoubi
    Hiragana = かようび
    Katakana = カヨウビ

  3. Rabu = Suiyoubi
    Hiragana = すいようび
    Katakana = スイヨウビ

  4. Khamis = Mokuyoubi
    Hiragana = もくようび
    Katakana = モクヨウビ

  5. Jumaat = Kinyoubi
    Hiragana = きんようび
    Katakana = キンヨウビ

  6. Sabtu = Doyoubi
    Hiragana = どようび
    Katakana = ドヨウビ

  7. Ahad = Nichiyoubi
    Hiragana = にちようび
    Katakana = ニチヨウビ

Contoh penggunaan ayat:

君の日本語の授業は何曜日ですか?
Romaji = Kimi no Nihongo no jugyō wa nan'yōbi desuka?
Maksud = Hari apa kelas bahasa Jepun awak??

私の日本語の授業は水曜日から金曜日です
Romaji = Watashi no nihongo no jugyō wa Suiyōbi kara Kin'yōbi desu
Maksud = Kelas bahasa Jepun saya bermula pada hari Rabu hingga Jumaat!

私は月曜日から水曜日までです
Romaji = Watashi wa Getsuyōbi kara Suiyōbi made desu
Maksud = Saya pula pada hari Isnin hingga rabu

あなたの日本語の先生は誰ですか?
Romaji = Anata no nihongo no sensei wa dare desu ka?
Maksud = Siapakah guru bahasa Jepun awak?

私の先生はイスマイルです
Romaji = Watashi no sensei wa isumairu desu
Maksud = Guru saya ialah Ismail

私の先生はリリアナです
Romaji = Watashi no sensei wa ririana desu
Maksud = Guru saya pula ialah Lyliana

そうですか。日本語をマスターするために最善を尽くしましょう。
Romaji = Sōdesu ka. Nihongo o masutā suru tame ni saizen o tsukushimashou.
Maksud = Begitu rupanya. Mari kita sama-sama kuasai bahasa Jepun.

Ayat Bahasa Jepun

  1. Hari ni – Today = Kyou
    in Hiragana = きょう
    in Katakana = キョウ

  2. Esok – Tomorrow = Ashita
    in Hiragana = あした
    in Katakana = アシタ

  3. Semalam – Yesterday = Kinou
    in Hiragana = きのう
    in Katakana = キノウ

  4. Kelmarin – Two days ago = Ototoi
    in Hiragana = おととい
    in Katakana = オトトイ

  5. Lusa – Next two days = Asatte
    in Hiragana = あさって
    in Katakana = アサッテ

  6. Pagi ini – This Morning = Kesa
    in Hiragana = けさ
    in Katakana = ケサ

  7. Petang ini – This Evening = Konban
    in Hiragana = こんばん
    in Katakana = コンバン

  8. Sekarang – Now = Ima
    in Hiragana = いま
    in Katakana = イマ

Contoh penggunaan ayat:

明日何をするつもりですか?
Romaji = Ashita nani o suru tsumoridesu ka?
Maksud = Apa rancangan awak pada esok hari

家族と一緒にクアラルンプールタワーに行く予定です. 君は?
Romaji = Kazoku to issho ni kuararunpūrutawā ni iku yoteidesu. Kimi wa?
Maksud = Saya rancang mahu pergi ke menara kuala Lumpur bersama keluarga. Awak pula?

友達とボウリング遊びに行きます
Romaji = Watashi wa tomodachi to bōringu asobi ni ikimasu
Maksud = Saya pula pergi bermain Bowling dengan kawan-kawan

そっか、家族とボウリングに行きました。とても楽しいでした
Romaji = Sōkka, kinou kazoku to bōringu ni ikimashita. Totemo tanoshīdeshita
Maksud = Oh yeke, semalam saya baru lepas pergi bermain bowling dengan kelurga. Seronok sangat

そうですか。次回は一緒に遊びましょう。
Romaji = Sōdesu ka. Jikai wa issho ni asobimashou.
Maksud = Begitu rupanya. Lain kali kita main sama-sama ya.

ねえ、今忙しくないですか?公園に散歩に行きましょうか?
Romaji = Nee, Ima wa isogashikunaidesu ka? Kōen ni sanpo ni ikimashou ka?
Maksud = Hei, awak sibuk tak sekarang ni? Jom pergi bersiar-siar di taman?

私は今忙しくありません。行こう
Romaji = Watashi wa ima isogashiku arimasen. Ikou
Maksud = Sekarang ni saya tak sibuk. Jom kita pergi

Anda boleh juga menukarkan Hari dan pengunaan waktu mengikut kehendak anda. Selamat mencuba dan terus berusaha untuk menguasai nya kerana kami akan menunjukkan cara penguasaan bahasa Jepun di blog seterusnya. Gambatte ne~

PARTNERS
CONTACT
I Study Japan
Official Partner Of Aiwa Language Institute
Asuma Travel Sdn Bhd (1310173-P)
15-1A,Jalan Pandan 3/10,
55100 Pandan Jaya Kuala Lumpur,
Malaysia
Email : hello@jomjapan.com
Office Number : 03 2856 8464