Jom Belajar Tulisan Jepun!

6th March 2020

by Nadhir

Jom Belajar Tulisan Jepun!

Adakah anda ingin menonton anime atau J-Drama tanpa sarikata? Semestinya bukan?

Mari kita mulakan dengan asas Jepun, iaitu penulisan!

Bagi yang ingin mula dari awal atau yang nak tahu tentang system tulisan Jepun macam mana, Haa jangan risau kami team ISJ akan tunjukkan cara nak kenal gaya sistem penulisan Jepun dengan cara yang agak mudah difahami.

Mari kita mulakan!

Pada asasnya, sistem tulisan Jepun terdiri daripada 3 set karakter atau huruf, iaitu Hiragana, Katakana dan Kanji. Adalah tidak mustahil untuk menulis satu ayat dalam 3 jenis karakter sekaligus tanpa menjejaskan makna. Ini disebabkan dalam masyarakat Jepun moden, penggunaan 3 jenis karakter / huruf pada masa yang sama adalah perkara biasa dan lazim dilakukan.

Sebagai permulaan, mari kita tengok macam mana menulis perkataan untuk setiap satu daripada tiga "huruf" dalam Bahasa Jepun.

ひらがな - Hiragana
カタカナ - Katakana
漢字 - Kanji

kanji writing system

Hiragana - Digunakan untuk menulis perkataan Jepun
Katakana - Digunakan ketika menggunakan perkataan asing yang kini menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata Jepun.
Kanji (terdiri daripada tulisan lama Cina) - Mewakili perkataan, frasa atau idea yang lengkap

Hiragana

text

Okay, ni adalah first steps untuk beginner. Langkah pertama adalah dengan menghafal semua huruf hiragana tu. Ya, korang perlu tahu kesemuanya sebelum dapat menaip atau menulis dalam bahasa Jepun.

Hiragana dan Katakana adalah serupa dengan huruf bahasa Inggeris, setiap huruf hiragana / katakana tidak mempunyai makna sendiri. Mereka perlu digabungkan dengan huruf lain untuk membentuk perkataan yang lengkap. Contohnya, わ+た+し (Wa+ta+shi) = Watashi (Saya). Haaa begitu lah kalau nak buat ayat guna Hiragana.

Katakana

text

Selepas korang berjaya menguasai Hiragana, langkah seterusnya adalah dengan menghafal karakter katakana. Sama seperti hiragana, semua karakter katakana mempunyai sebutan yang sama tetapi hanya mereka ditulis dalam “bentuk yang lain”.

Haa maksud "bentuk yang lain" tu adalah huruf Hiragana biasanya mempunyai sisi melengkung manakala huruf katakana biasanya ditulis dalam garis lurus. Boleh faham kan?

Katakana hanya akan digunakan untuk perkataan yang berasal daripada bahasa asing selain daripada Cina. Sebagai contoh, ホットドッグ (ho tto do ggu) yang bermaksud Hotdog atau sosej dan アメリカ (A me ri ka) yang bermaksud Amerika.

Perkataan umum yang ditulis dalam katakana termasuk nama-nama negara (kebanyakannya), makanan barat dan apa-apa yang “secara tradisionalnya” tidak wujud di Jepun. Jadi, sekiranya anda melihat sesuatu yang ditulis dalam Katakana, ia bermaksud sesuatu yang “bukan dari Jepun”.

Kanji

text

Kanji pada dasarnya adalah karakter Cina. Ya, Kanji wujud dalam bahasa Cina, Korea dan Jepun tapi sekarang, ia dah tak lagi digunakan di Korea. Walaupun Kanji kekal sebagai sistem tulisan untuk orang Cina, hanya sebahagian daripada nya telah diadaptasikan dalam bahasa Jepun.

Terdapat 85568 karakter Cina yang dikenal pasti, tetapi hanya 2,136 daripada mereka diajar melalui sekolah menengah Jepun. Peehh banyak kan? kadang-kadang Kanji ni pun bagi orang Jepun sakit kepala jugak tau. Kalau korang expert kanji ni bermakna korang lagi hebat dari orang Jepun. Hahaha.

So bila masanya nak gunakan Kanji ni?

Haaa baca betul-betul, Kanji digunakan untuk “meringkaskan” huruf Hiragana. Sebagai contoh, わたし (watashi) atau “saya” biasanya ditulis sebagai 私. Seperti yang korang nampak, karakter tunggal kanji sudah cukup untuk menggantikan 3 huruf hiragana. Haaa so Itulah kanji! Faham kan?

Setelah anda mempelajari hiragana dan katakana, satu-satunya perkara yang tinggal untuk anda hanyalah mempelajari asas tatabahasa dan perbendaharaan kata yang kerap digunakan. Dengan itu, anda sudah boleh mula membina ayat mudah. Untuk Kanji pula anda perlu banyak membaca untuk membiasakan diri dengannya.

Selamat belajar!

PARTNERS
CONTACT
I Study Japan
Official Partner Of Aiwa Language Institute
Asuma Travel Sdn Bhd (1310173-P)
15-1A,Jalan Pandan 3/10,
55100 Pandan Jaya Kuala Lumpur,
Malaysia
Email : hello@jomjapan.com
Office Number : 03 2856 8464